18 Januari 2018 : Dengan Peruntukan sebanyak RM50 juta daripada kerajaan persekutuan kepada Pusat Giat MARA bagi membaikpulih serta menyelenggara sistem pendawaian sekolah tahfiz berdaftar diseluruh negara, ILPAP Nibong Tebal dan Giat MARA Perak telah mengambil inisiatif untuk membantu di Maahad Tahfiz As-Syakirin, Bagan Serai, Perak. Seramai 3 pengajar kompeten dan 9 orang pelajar bidang Teknologi Elektrik mengambil bahagian dalam projek ini yang diketuai oleh YM Raja Muhammed Bin Raja Daud, Ketua Jabatan Elektrik. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 26 Januari 2018. Penaiktarafan sistem pendawaian di premis tersebuat adalah bagi memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.