Pasukan Kontinjen ILPAPNT yang diketuai oleh En Mohamad Lazman bin Mohd Saad telah menyertai Program Jom Sihat ILJTM Wilayah Utara 2017 yang bertempat di ADTEC Kulim Kedah. Antara acara yang dipertandingkan adalah Memanah, Futsal, Bola Tampar, Tarik Tali dan Badminton. Kontinjen ILPAPNT telah membawa pulang 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa bagi acara memanah individu. Bagi Futsal, Bola Tampar dan Badminton masing-masing selesa membawa pulang Pingat Gangsa. Manakala Tarik Tali Wanita memberi kejutan dengan membawa pulang Pingat Emas. Selain pelajar turut disediakan pertandingan dart untuk tenaga pengajar. Semoga Program Jom Sihat ini mencapai objektifnya. Majulah sukan untuk ILPAPNT.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...