Mesyuarat Kolaborasi Industri dan Lawatan

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐“๐€ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ

17 SEPTEMBER 2026 โ€“ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah menerima kunjungan delegasi daripada pihak pengurusan Percetakan Konta Sdn. Bhd. bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara institusi dan industri, khususnya dalam memperkukuh pembangunan bakat serta peluang kerjaya dalam bidang percetakan.

Kunjungan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi ini dimulakan dengan sesi mesyuarat bagi membincangkan ruang kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan demi memenuhi keperluan industri semasa. Pertemuan ini turut menjadi platform untuk mempererat hubungan antara pihak institusi dengan industri, di samping membuka peluang kepada pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat prospek kerjaya dalam sektor percetakan.

Sejurus selepas mesyuarat, delegasi Percetakan Konta Sdn. Bhd. telah dibawa melawat ke kawasan bengkel bagi melihat kemudahan latihan serta persekitaran pembelajaran di kampus. Lawatan diteruskan dengan sesi pertemuan bersama pelajar Semester Akhir Teknologi Reka Bentuk Grafik dan Teknologi Percetakan Digital serta pelajar Semester 3 Teknologi Percetakan Industri yang berlangsung di Auditorium Cetak.

Antara pengisian utama sesi tersebut ialah taklimat kerjaya yang disampaikan oleh pihak syarikat. Menerusi perkongsian ini, para pelajar berpeluang mendapatkan maklumat mengenai hala tuju industri, keperluan tenaga kerja dan peluang pembangunan kerjaya dalam bidang berkaitan.

Lebih bermakna, pihak Percetakan Konta Sdn. Bhd. turut membuka peluang kepada para pelajar untuk menjalani Latihan Industri (LI) di syarikat berkenaan, termasuk tawaran elaun yang menarik. Inisiatif ini memberikan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman kerja sebenar, mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari serta meningkatkan kesediaan mereka sebelum memasuki alam pekerjaan.

ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Percetakan Konta Sdn. Bhd. atas kesudian mengadakan kunjungan, berkongsi pengetahuan industri dan menyediakan peluang latihan kepada bakal graduan.

Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat diperkukuh secara berterusan bagi memperluas peluang latihan dan pekerjaan kepada pelajar, meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET serta melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri percetakan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
No module Published on Offcanvas position