Mesyuarat Kolaborasi Industri dan Lawatan

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐’๐€๐๐–๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ

7 SEPTEMBER 2026 โ€“ Delegasi seramai empat orang pegawai kanan dari ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat kolaborasi bersama pihak Percetakan Sanwa Industries Sdn. Bhd. di Chemor, Perak.

Lawatan ini bertujuan merangka hala tuju kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping membincangkan cadangan penglibatan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam membantu pembangunan sumber manusia bagi memenuhi keperluan industri percetakan semasa.

Inisiatif ini selaras dengan peranan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal sebagai Center of Excellence (CoSE) bagi bidang Teknologi Percetakan dalam memperkukuh hubungan strategik dengan pihak industri serta memastikan latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan pasaran kerja.

Selesai sesi mesyuarat, delegasi telah dibawa melawat ke bahagian produksi kilang bagi melihat dengan lebih dekat penggunaan teknologi percetakan terkini serta proses operasi percetakan yang dilaksanakan oleh pihak syarikat. Lawatan ini turut memberikan pendedahan berharga kepada delegasi mengenai perkembangan teknologi dan amalan kerja sebenar dalam industri percetakan.

Dalam sesi lawatan tersebut, delegasi turut berpeluang bertemu dengan alumni ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, Saudara Nasrullah bin Mohd Anuar, graduan tahun 2020 dalam bidang Teknologi Percetakan Ofset. Beliau masih berkhidmat di Percetakan Sanwa Industries Sdn. Bhd. sejak menamatkan latihan industri, sekali gus mencerminkan potensi dan kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memenuhi keperluan tenaga kerja industri.

ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Percetakan Sanwa Industries Sdn. Bhd. atas sambutan mesra serta keterbukaan dalam meneroka peluang kerjasama strategik.

Semoga jalinan kolaborasi ini dapat diperkukuh secara berterusan demi manfaat bersama, khususnya dalam pembangunan kompetensi tenaga kerja, peningkatan kualiti latihan TVET dan pengukuhan hubungan antara institusi latihan dengan pihak industri.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
No module Published on Offcanvas position