Raih Tiga Pengiktirafan di iCompEx 2026

Pertandingan Inovasi

๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐†๐€๐๐ƒ๐€ ๐“๐„๐€๐Œ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐ข๐‚๐Ž๐Œ๐๐„๐— ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

NIBONG TEBAL, 13 Ogos 2026 โ€“ Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team Inovasi โ€œThe Apparatus of Brake Bleeder in Automotive Servicingโ€ yang telah mewakili ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam iCompEx 2026 โ€“ International Innovation & Invention Competition Through Exhibition yang berlangsung pada 11 hingga 13 Ogos 2026.

Penyertaan tersebut telah melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan inovasi berkenaan berjaya meraih tiga pengiktirafan, iaitu:

  • ๐Ÿฅ‡ Gold Medal
  • ๐Ÿ† Best Innovation Award
  • ๐Ÿ… Special Award โ€“ Intellectual Property

Kejayaan ini merupakan hasil daripada gabungan ilmu, kemahiran teknikal, kreativiti serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh pasukan dalam menghasilkan inovasi The Apparatus of Brake Bleeder in Automotive Servicing.

Inovasi yang dibangunkan bukan sahaja menampilkan penyelesaian yang praktikal dalam bidang penyelenggaraan automotif, malah berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa melalui pertandingan inovasi berprestij tersebut.

Pencapaian ini turut membuktikan komitmen berterusan warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam memperkasa budaya inovasi serta menghasilkan produk dan idea yang kreatif, praktikal dan berimpak tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah turut ditujukan kepada seluruh ahli pasukan inovasi, para pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan sumbangan dalam merealisasikan kejayaan ini.

Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin dan inspirasi kepada warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal untuk terus berinovasi, mencipta dan melakar lebih banyak kejayaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Tahniah dan syabas kepada Team Inovasi! Teruskan kecemerlangan dan cipta lebih banyak kejayaan!

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
No module Published on Offcanvas position