
26 Februari 2026 : Satuย kunjungan mesra dan sesi perbincangan kolaborasi strategik telah diadakan antara Unit Corporate & Employment Support Service (CESS), ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dengan pihak pengurusan SMK Saujana Indah.
Hadir mewakili ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal ialah Penolong Pengarah Unit CESS, Ts. Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah bersama Ketua Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran, En. Mohd Hafiz bin Abu Bakar.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan erat serta membincangkan hala tuju kerjasama pendidikan TVET antara kedua-dua institusi. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal bersetuju untuk memberikan bimbingan teknikal dalam bidang TVET kepada para guru dan pelajar SMK Saujana Indah, bagi memastikan mereka sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi industri terkini.
Pada majlis ini juga diadakan sesi simbolik penyerahan Buku Nota A5, hasil kerja kreatif para pelajar SMK Saujana Indah semasa menyertai Program Perantis TVET MADANI di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal baru-baru ini.
Pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan terima kasih kepada pengurusan SMK Saujana Indah atas sambutan yang amat baik. Diharapkan kolaborasi ini akan terus membuahkan hasil yang signifikan dan memberi manfaat kepada pembangunan kemahiran anak bangsa dalam bidang TVET.









