
22 Februari 2026 โ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah melaksanakan Program Ihyaโ Ramadan 1447H: Tadarus Al-Quran yang melibatkan penyertaan dalam kalangan pelajar institut.
Program ini diadakan sebagai usaha untuk mengimarahkan bulan Ramadan serta membudayakan amalan membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan warga pelajar. Melalui pelaksanaan aktiviti tadarus ini, para pelajar berpeluang memperkukuh penghayatan terhadap Al-Quran di samping memanfaatkan keberkatan bulan Ramadan yang mulia.
Selain itu, program ini turut menjadi platform dalam membentuk pembangunan rohani dan sahsiah pelajar, sekali gus menyemarakkan lagi syiar Islam di kampus.
Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memupuk budaya mendekati Al-Quran serta memperkukuhkan nilai spiritual dalam kalangan pelajar ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal sepanjang bulan Ramadan.









