11 September 2025 (Khamis) : Satu sesi pemilihan pemain telah diadakan di Dewan Sukan ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal bagi memilih wakil KESUMA Pulau Pinang untuk kategori Sukan Dart Campuran.
Seramai 48 pegawai daripada pelbagai agensi termasuk ADTEC, JKKP, Mahkamah Perusahaan (MPM), PERKESO, HRDC dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah menyertai sesi saringan ini. Peserta terdiri daripada 24 lelaki dan 24 wanita yang dibahagikan kepada empat kumpulan bagi menjalani pertandingan peringkat awal.
Hasil pemilihan, seramai 8 peserta lelaki dan 8 peserta wanita terbaik telah disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya sebelum pemilihan akhir barisan pemain rasmi pasukan KESUMA Pulau Pinang.
Ketua Urusetia merangkap Pengurus Pasukan KESUMA Pulau Pinang, En. Hussaini Aras Bin Agus Salim, bersama AJK Kelab Dart ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal, telah memastikan sesi saringan berjalan lancar dengan kemudahan yang teratur.
Senarai akhir peserta terbaik akan dimaklumkan kepada agensi masing-masing melalui saluran rasmi. Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi dan semangat kesukanan yang hebat sepanjang sesi pemilihan ini.