๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐
08 - 11 September 2025 : ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal telah menganjurkan Pertandingan e-Sport Mobile Legends bertempat di Dewan Sukan ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal.
Pertandingan anjuran Biro Sukan & Kebajikan MPP Sesi 2025 ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, selain meningkatkan minat pelajar terhadap bidang teknologi dan sukan digital.
Sebanyak 16 pasukan daripada pelbagai kursus mengambil bahagian, dengan setiap pasukan dianggotai oleh lima pemain utama dan seorang pemain simpanan.
Acara ini berlangsung dengan meriah serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga institut. Pihak penganjur berharap aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dalam bidang e-sukan yang kian pesat berkembang.