Kokurikulum Kursus Asas APAM

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐€๐ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ - ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ

20 - 21 September 2025 : Seramai 108 pelajar Semester 1 ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal telah menyertai Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum sesi 2/2025.

Kursus ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai tugas, tanggungjawab dan peranan anggota pertahanan awam dalam menghadapi situasi kecemasan. Antara modul latihan yang dijalankan termasuk kawad kaki, pertolongan cemas asas, pengurusan bencana serta latihan menyelamat ketika berlakunya kebakaran, banjir atau kemalangan jalan raya.

Selain aspek teknikal, kursus ini turut menekankan nilai kesukarelawanan, tanggungjawab sosial, keberanian dan keprihatinan, agar pelajar bukan sahaja menjaga keselamatan diri tetapi juga bersedia membantu masyarakat.

Program ini dikendalikan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seberang Perai Selatan, yang turut berkongsi ilmu dan membimbing pelajar dalam aspek disiplin serta kerjasama berpasukan.

Ucapan penghargaan diberikan kepada Pn. Nurul Hanida Binti Abdul Wahab, selaku Penyelaras Kursus, serta kakitangan unit dan bengkel yang memastikan kelancaran aktiviti. Tahniah juga kepada semua pelajar yang berjaya melengkapkan modul latihan kokurikulum ini dengan jayanya.

Diharapkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat pada masa hadapan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€