๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
24 September 2025 (Rabu) : Bengkel Teknologi Multimedia ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal telah menganjurkan Seminar Asas Pengendalian & Demonstrasi Penerbangan Dron yang bertempat di Perpustakaan Awam Selama.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai teknik pengendalian dron yang betul dan selamat, di samping memahami potensi teknologi dron dalam pelbagai bidang.
Melalui seminar ini, peserta bukan sahaja dapat menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran, malah turut membuka minda terhadap peluang kerjaya serta aplikasi dron dalam kehidupan seharian.
Ucapan penghargaan diberikan kepada para pengajar dan pelajar Bengkel Teknologi Multimedia ADTEC yang telah menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada peserta daripada sekolah menengah yang turut serta, menjadikan program ini lebih bermakna dan meriah.