Kempen Derma Darah

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐€๐ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

23 September 2025 (Selasa) : Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan kerjasama institusi pengajian tinggi telah menganjurkan Program Derma Darah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah secara berkala serta menyokong bekalan darah negara.

ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal turut dijemput untuk menjayakan program ini. Sebelum sesi derma darah dijalankan, peserta diberikan taklimat oleh Dr. Intan Shafinaz binti Sudin, Pakar Perubatan Transfusi, Jabatan Patologi HSJ.

Bagi menyemarakkan penglibatan, aktiviti kuiz dan sesi soal jawab turut diadakan sebelum acara derma darah bermula. Kehadiran dan sokongan warga ADTEC telah memeriahkan program, di samping memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat.

Setiap titisan darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan nyawa, sekaligus mencerminkan semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial warga ADTEC terhadap komuniti.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€