Program Latihan Kemahiran TVET Micro Credential

TVET Micro Crendential
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐ˆ๐‚๐‘๐Ž ๐‚๐‘๐„๐ƒ๐„๐๐“๐ˆ๐€๐‹ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐€๐ ๐€๐‘๐”๐Œ๐”๐†๐€๐Œ ๐๐ˆ๐‹๐‹๐€๐ˆ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
ย 
09 Mei 2025 (Jumaat) : Program Latihan Kemahiran TVET Micro Credential ILP APNT Teknologi Media Kreatif yang telah disertai oleh 22 orang pelajar lepasan SPM telah sampai pada kelas akhir bagi program ini.
ย 
Program yang julung-julung kalinya diadakan di institut ini telah bermula pada 12 Februari 2025 dan telah dijayakan oleh para pengajar Bahagian Teknologi Rekabentuk Grafik dan Bahagian Teknologi Percetakan Digital.
ย 
Semua 22 orang pelajar telah dinilai oleh Pegawai Pengesah Luaran, Puan Hasnah bt Patang Nagari yang telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menjalankan tugas menilai mereka pada hari ini. Mereka semua telah lulus dengan jayanya dan akan dianugerahkan Sijil Penyata Pencapaian (PC) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
ย 
Tuan Pengarah ILP APNT, Ts. Adnan bin Ismail sempat juga memberi nasihat dan amanat terakhir kepada para pelajar sebelum mereka pulang meninggalkan institut ini.
ย 
Semoga tujuan utama program ini, iaitu memberi pendedahan serta peluang untuk menyesuaikan diri dalam ekosistem pembelajaran kemahiran TVET tercapai. Selain itu, para pelajar yang majoritinya lepasan SPM 2024 ini dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan menimba ilmu kemahiran sebelum membawa haluan masing-masing mendaftar ke institusi pengajian tinggi mahupun bekerja.
ย 
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, salah satu dari 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen dalam melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memacu ekonomi negara.
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€