Majlis Silaturahim Peringkat Asrama Lelaki ILP APNT

Aktiviti Pelajar
๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—–๐—” ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—”๐—ฆ๐—ฅ๐—”๐— ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ๐—”๐—ฃ๐—ก๐—ง
ย 
01 Mei 2025 : Jawatankuasa Pembangunan Asrama Lelaki dengan Kerjasama Unit Asrama dan Jawatankuasa CSR & Alumni ILPAPNT telah diadakan majlis Pasca Syawal dan Silaturahim peringkat Asrama Lelaki ILPAPNT. Majlis ini berlangsung dengan meriah bertemakan โ€œAidilfitri: Menjalin Interaksi Melakar Memoriโ€™.
ย 
Seramai 145 penyertaan penghuni asrama lelaki dan 35 alumni telah hadir bagi menjayakan majlis ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah, Ts Adnan Bin Ismail, Ketua Jabatan Elektrik, Elektronik dan ICT, Puan Nurul Hanida Binti Abd Wahab, Ketua Bahagian Automotif, Tn. Hj Osman Bin Mohamad, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan, Puan Nor Samida Binti Yaacob serta beberapa orang kakitangan ILPAPNT. Majlis juga turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah hasil sumbangan Tuan Pengarah, beberapa pegawai dan alumni.
ย 
Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah bagi menjalinkan hubungan baik di antara penghuni asrama, pentadbir asrama, kakitangan dan alumni. Disamping itu, pelajar-pelajar mendapat manfaat dengan perkongsian pengalaman kerja daripada para alumni. Program ini merupakan satu permulaan bagi memberi pengalaman kepada pelajar dalam merancang dan mengendalikan sesuatu program.
ย 
Semoga kejayaan program ini, menjadi sumber inspirasi dan anjakan paradigma kepada seluruh pelajar ILPAPNT dalam membina keyakinan diri dan membentuk semangat kerjasama dalam melaksanakan sesuatu program.
ย 
Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan penglibatan semua warga institut. Penyertaan alumni yang lebih ramai juga sangat-sangat diharapkan. Justeru itu, diminta para alumni membuat pendaftaran dan memasukkan data berkaitan melalui pautan di bawah bagi memudahkan pihak institut menghubungi anda dalam menjayakan sebarang aktiviti. Kerjasama dan komitmen anda semua amat diharapkan.
ย 
"PAUTAN PENGISIAN DATA ALUMNI ILPAPNT"
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€