Lawatan Kerja Kolaborasi bersama Vitrox Academy

Lawatan Kerja
๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐ˆ๐‹๐ ๐€๐๐๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐•๐ˆ๐“๐‘๐Ž๐— ๐€๐‚๐€๐ƒ๐„๐Œ๐˜
ย 
07 Mei 2025 (Rabu) : Pegawai kanan dari Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah mengadakan lawatan kerja yang signifikan ke ViTrox Academy, Batu Kawan Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk meneruskan dan perbincangan lanjut mengenai potensi kolaborasi antara kedua-dua pihak.
ย 
Sesi perbincangan yang diadakan di ViTrox Academy ini telah memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk meneliti dengan lebih lanjut mengenai inisiatif kerjasama yang boleh dilaksanakan, seperti program latihan kemahiran kepada para pelajar ViTrox Academy yang akan dikendalikan oleh pengajar institut ini.
ย 
Lawatan ini menggambarkan komitmen ILP APNT untuk terus menjalin hubungan yang kukuh dengan rakan industri seperti ViTrox Academy, demi memastikan graduan latihan kemahiran TVET dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran kerja.
ย 
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, salah satu dari 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen dalam melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memacu ekonomi negara.
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย