Perhimpunan Bulanan Pelajar (Ogos) 2025

20 Ogos 2025 (Rabu) : Perhimpunan pelajar bulanan bersama Pengarah ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal, Ts. Adnan Bin Ismail, telah berlangsung dalam suasana penuh semangat kemerdekaan. Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Bengkel Teknologi Percetakan Ofset, Diploma Teknologi Percetakan dan Teknologi Automotif Servis.

Dalam ucapan amanatnya, Pengarah menekankan isu pencegahan buli serta kepentingan membina budaya positif agar para pelajar tidak terjebak dengan gejala tersebut.

Turut berucap, Pn. Fairuz Syatilla Binti Rozaini, Penolong Pengarah BPPL, yang mengingatkan pelajar tentang kepatuhan terhadap peraturan dalam Buku Tatatertib Pelajar ILJTM. Sementara itu, En. Osman Bin Mohammad, Ketua Bahagian Teknologi Automotif Servis, berkongsi mengenai HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control) bagi meningkatkan kesedaran pelajar dan kakitangan terhadap keselamatan ketika melaksanakan kerja amali.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukarelawan dan kursus luar. Suasana perhimpunan bertambah meriah dengan nyanyian lagu patriotik dan laungan merdeka oleh pelajar dari ketiga-tiga bengkel terlibat.

Perhimpunan ini diharap dapat menyemai semangat cintakan negara serta memperkukuh budaya keterbukaan dan kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€