Perjumpaan Pengurusan ILP APNT bersama Komuniti

Aktiviti bersama Komuniti
๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ˆ๐‹๐ ๐€๐๐๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐“๐”๐๐”๐‡๐€๐ ๐‡๐ˆ๐๐ƒ๐” ๐ƒ๐‡๐€๐‘๐Œ๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

Institut Latihan Perindustrian (ILP) AP Nibong Tebal terus komited dalam usaha memperkukuh pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar melalui kolaborasi strategik bersama pihak luar.

Satu sesi perjumpaan telah diadakan pada 3 Julai 2025 melibatkan Pengarah ILP APNT, Ts. Adnan Bin Ismail, bersama wakil Pertubuhan Hindu Dharma Malaysia Cawangan Pulau Pinang, En. S. V. Manimaran, bertujuan membincangkan perancangan pelaksanaan program berbentuk kerohanian, kepimpinan, moral dan keagamaan khusus untuk pelajar sesi 2/2025.

Perbincangan ini membuka ruang kerjasama dalam menganjurkan pelbagai pengisian positif yang menjurus kepada pembinaan karakter dan nilai murni dalam kalangan pelajar, tanpa mengira latar belakang. Inisiatif ini juga dilihat sebagai langkah menyeluruh dalam menyemai sifat disiplin, integriti dan tanggungjawab, yang merupakan elemen penting dalam melahirkan tenaga kerja teknikal yang seimbang dari segi kemahiran dan sahsiah.

ILP AP Nibong Tebal amat mengalu-alukan penglibatan organisasi luar yang berkongsi aspirasi untuk memperkasakan pelajar bukan sahaja dalam bidang teknikal, malah dari segi nilai moral dan etika. Diharapkan kerjasama ini akan membawa impak positif kepada pembentukan pelajar yang holistik dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan kelak.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย