
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐- ๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ย
20 Jun 2025 (Jumaat) : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah berbesar hati menerima kunjungan dari para pegawai dari Unit Jalinan Industri JTM, Pusat Transformasi OKU USM-MAIK, HRDCorp Pulau Pinang dan PERKESO Pulau Pinang.
ย
Tujuan lawatan dan perbincangan ini dilaksanakan adalah untuk merancang, merangka dan menetapkan skop kerjasama pembangunan latihan tenaga mahir bagi golongan OKU.
ย
Institut ini terpilih berdasarkan jumlah enrolmen pelajar OKU bagi sesi semasa yang mana 31 orang untuk sesi ini dan menunjukkan trend peningkatan setiap sesi latihan. Majoriti pelajar OKU yang menjalani latihan kemahiran TVET adalah dari golongan masalah pembelajaran.
ย
Selepas sesi perbincangan, para pelawat telah dibawa ke bengkel latihan bagi memberi gambaran suasana latihan di institut ini yang mampu menempatkan dan menyesuaikan para pelajar OKU. Bengkel yang menempatkan para pelajar OKU ini adalah Bengkel Teknologi Rekabentuk Grafik, Teknologi Percetakan Digital dan Teknologi Multimedia Interaktif.
ย
Semoga usaha murni pihak Kerajaan Malaysia ini, membantu melatih golongan OKU dalam latihan kemahiran TVET dapat memberi manfaat kepada mereka agar dapat berdikari, menjana pendapatan, dan menyumbang kepada pembangunan negara.
ย
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ