๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐ข) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐-๐๐๐ (๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
Kelas teori ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Bahagian Teknologi Industri dengan fokus kepada modul Teknologi Percetakan Fleksografi. Seramai 10 orang Bakat ADi terlibat dalam sesi ini.
Selepas tamat teori, peserta akan meneruskan latihan amali sambil bekerja di syarikat masing-masing, iaitu Box-Pak (M) Berhad, Batu Caves dan BP MPak, Senai.
Program ADi yang dijangka selesai pada Mei 2026 ini bertujuan mempersijilkan peserta yang membuktikan kompetensi mengikut piawaian Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Dilaksanakan di bawah seliaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), program ini menggabungkan kerjasama antara kerajaan, industri dan akademia bagi melahirkan bakat tempatan yang lebih berdaya saing.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program ADi, syarikat boleh menghubungi Unit CESS ILP APNT atau melayari portal rasmi di www.adi.gov.my.