๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
11 September 2025 (Khamis): Sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M, ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal telah menganjurkan dua acara utama, iaitu Perarakan Maulidur Rasul dan Program Mahabbah Rasul.
Perarakan bermula dari pintu masuk utama sehingga ke lobi institut, dengan seluruh warga ADTEC beramai-ramai berselawat serta berdoa sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Perarakan ini juga menjadi simbol perpaduan antara pelajar dan kakitangan.
Selepas perarakan, Program Mahabbah Rasul diteruskan dengan pengisian rohani yang merangkumi alunan Qasidah oleh pelajar, Tausiyah daripada Ustaz Ahmad Azizi Roslan, serta kuiz atas talian berkaitan sirah Rasulullah SAW. Majlis turut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pasukan terbaik perarakan serta pemenang kuiz.
Melalui program ini, warga ADTEC diingatkan untuk mencontohi nilai-nilai murni yang dibawa Rasulullah SAW, seperti kasih sayang, toleransi, amanah, ikhlas serta kepimpinan berhemah, agar dapat terus diamalkan dalam kehidupan seharian.