Lawatan Penanda Aras EKSA ke IKTBN Bukit Mertajam

24 September 2025 (Rabu) : ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal telah mengadakan sesi lawatan penanda aras ke IKTBN Bukit Mertajam, yang disambut mesra oleh Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, Ts. Hajah Junita Binti Mohamed Ali, bersama Timbalan Pengarah, Encik Muzkhairil Bin Muhammad, serta para pegawai institut berkenaan.

Lawatan ini diadakan bagi memenuhi hasrat Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) untuk membolehkan ILJTM membangunkan mekanisme operasi setanding dengan agensi pengendali latihan TVET lain.

Sepanjang lawatan, pihak IKTBN Bukit Mertajam telah berkongsi ilmu, pengalaman dan amalan terbaik yang pastinya memberi inspirasi serta nilai tambah dalam usaha ADTEC meningkatkan mutu latihan dan kecemerlangan institusi.

ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal merakamkan penghargaan atas kesudian pihak IKTBN Bukit Mertajam menerima kunjungan ini. Diharapkan hubungan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama, khususnya dalam melahirkan tenaga kerja mahir negara.

Serangkap pantun dari kami,
ย 
Bunga selasih tangkailah padi,
Dipetik sunti pinggiran hutan;
Terima kasih sekalung budi,
Kerana sudi terima lawatan.
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€