Pemantauan Berkala Vibration Analysis Chiller

๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐„๐๐†๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐€๐’๐„๐“ ๐Š๐‘๐ˆ๐“๐ˆ๐Š๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

16 Disember 2025 : ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal terus komited memastikan pengurusan serta penyelenggaraan aset kritikal institusi berada pada tahap optimum melalui pelaksanaan Pemantauan Susulan Vibration Analysis secara berkala terhadap dua unit chiller di kampus berkenaan.

Permohonan pelaksanaan pemantauan tersebut telah dikemukakan pada 12 Disember 2025 oleh Pengarah kampus, Ts. Adnan Bin Ismail bagi membolehkan analisis getaran dijalankan setiap tiga bulan sepanjang tahun 2026. Inisiatif ini bertujuan memastikan peralatan utama beroperasi dengan cekap, selamat dan berterusan sekali gus mengurangkan risiko kerosakan serta kos penyelenggaraan jangka panjang.

Bagi menjayakan program ini, kepakaran tenaga pengajar daripada JMTI telah dimanfaatkan. Antara pegawai yang terlibat ialah En. Zambri bin Abdul Rahim, En. Fakhrul Azman bin Mohamed, En. Mohamad Fauzi bin Abu Bakar serta En. Azizi bin Mat Shariff.

Kerjasama strategik ini mencerminkan semangat kolaborasi kukuh antara institusi di bawah Jabatan Tenaga Manusia dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta kelestarian operasi fasiliti latihan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€