
Program ini diadakan sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat di samping menyokong pengurangan jejak karbon selaras dengan agenda Environmental, Social & Governance (ESG). Aktiviti briskwalk yang diadakan di sekitar premis institut menyaksikan penyertaan menyeluruh daripada kakitangan dan pelajar yang komited terhadap inisiatif kelestarian alam sekitar.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan aktiviti simbolik penanaman pokok oleh Pengarah kampus sebagai tanda komitmen berterusan dalam mewujudkan persekitaran hijau dan mampan. Selain itu, program gotong-royong membersihkan kawasan Blok B dan Blok C turut dilaksanakan bagi memastikan persekitaran kampus sentiasa bersih, kondusif dan lestari.
Penganjuran program ini mencerminkan kesungguhan pihak institut dalam membudayakan amalan hijau serta memperkukuh kesedaran warga kampus terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kampus yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif hijau seumpama ini akan terus diperkasakan pada masa hadapan demi kesejahteraan bersama dan kelestarian alam sekitar.









