๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐
22 Mei 2025 : Satu Mesyuarat Kolaborasi Industri antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal bersama Team Printers Sdn Bhd telah diadakan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mustafa bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Latihan ILP APNT.
Para pegawai pengurusan syarikat yang hadir terdiri daripada Encik Shahrol bin Saidon, Pengurus Sumber Manusia, Encik Koo Choon Kuan, Pengurus Pengeluaran dan Puan Nuratikah binti Zulkifli.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan slaid pengenalan ILP APNT bagi memberi kefahaman dan penerangan yang lebih lanjut berkenaan institut ini.
Selepas itu, mesyuarat diteruskan dengan perbincangan lanjut berkenaan skop kerjasama yang melibatkan latihan peningkatan kemahiran pekerja sedia ada syarikat. Syarikat juga membuka peluang kepada para pelajar institut ini untuk menjalankan latihan industri dan juga pengajar yang berminat juga boleh mengikut latihan sangkutan industri di kilang mereka.
Seterusnya, para pegawai pengurusan syarikat telah dibawa melawat ke Bengkel Teknologi Percetakan Industri bagi melihat dengan lebih dekat fasiliti, kemudahan dan peralatan latihan Teknologi Percetakan yang ada di institut ini.
Semoga mesyuarat kolaborasi industri ini menjadi titik mula kepada kedua-dua pihak untuk meneruskan kerjasama yang lebih erat lagi dalam usaha memperkasa latihan kemahiran TVET terutamanya dalam bidang Teknologi Percetakan.
ย โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ
ย