Addendum Kerjasama Pintar bersama Straits Technics Sdn Bhd

Aktiviti ILP APNT
๐’๐„๐’๐ˆ ๐Œ๐„๐๐€๐๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐ ๐€๐ƒ๐ƒ๐„๐๐ƒ๐”๐Œ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐‘ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐€๐ ๐€๐‘๐”๐Œ๐”๐†๐€๐Œ ๐๐ˆ๐‹๐‹๐€๐ˆ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐ˆ๐“๐’ ๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚๐’ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ
ย 
20 Mei 2025 (Selasa) : Sesi menandatangani dokumen addendum kerjasama pintar antara ILP APNT bersama syarikat Straits Technics Sdn Bhd telah diadakan di Pejabat Straits Technics Sdn Bhd.
ย 
ILP APNT diwakili Timbalan Pengarah Operasi, Puan Faezatul Azma binti Yusof, Penolong Pengarah Unit CESS, Ts. Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah dan Pegawai Unit CESS, Encik Aizuddin bin Abdul Hamid.
ย 
Straits Technics Sdn Bhd yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang Teknologi Elektrikal sejak tahun 1982 dan menawarkan perkhidmatan kejuruteraan elektrik dalam mengendalikan harmonics test/capacitor, transformer oil changing/filtration, LV & HT underground cable jointing, rewinding motors AC & DC, wiring domestic & industrial, MSB servicing, testing & recalibration of protection relays.
ย 
Syarikat ini mewakili Ir. Ts. Amir Shafiq Bin Adham, Pengarah Urusan bagi menyempurnakan sesi menandatangani dokumen addendum kerjasama pintar berkenaan.
ย 
Kerjasama asal yang telah ditandatangani pada tahun 2023 telah dilanjutkan bagi tempoh 3 tahun lagi. Straits Technics Sdn Bhd merupakan rakan pintar yang akrab institut ini, setiap semester memberi peluang para pelajar Bahagian Teknologi Elektrik ILP APNT menjalani latihan industri dan seterusnya menawarkan peluang pekerjaan terus sebagai pekerja tetap di syarikat mereka.
ย 
Selain itu, peluang bersua muka antara kedua-dua pihak ini telah digunakan sepenuhnya dalam perbincangan dan merangka hala tuju skop kolaborasi yang dapat memberi impak positif dan manfaat. Semoga kerjasama erat antara kedua-dua pihak ini dapat dikekalkan sehingga masa hadapan demi memperkasakan bidang latihan kemahiran TVET negara kita.
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€