
KAMPUS NIBONG TEBAL RAIH KEJAYAAN DI KARNIVAL KECEMERLANGAN MODAL INSAN ADTEC JTM WILAYAH UTARA 2025
18 Mei 2025 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai Nibong Tebal mencipta detik gemilang apabila berjaya membawa pulang dua pingat emas menerusi acara bola jaring dan dart berpasukan, serta satu pingat gangsa bagi acara bowling dalam Karnival Kecemerlangan Modal Insan ADTEC JTM Wilayah Utara Tahun 2025 yang telah berlangsung dari 16 hingga 18 Mei 2025 bertempat di ADTEC JTM Kampus Jitra, Kedah.
Karnival yang berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan ini menghimpunkan pelbagai acara sukan yang disertai oleh warga kampus ADTEC dan ILP dari seluruh wilayah utara. Kontinjen ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal yang berkekuatan seramai 56 orang staf telah menunjukkan komitmen tinggi dan semangat juang luar biasa sepanjang penyertaan mereka dalam karnival sukan pada kali ini.
Kejayaan cemerlang ini merupakan manifestasi daripada dedikasi, semangat kesukanan, kerjasama erat serta sokongan padu yang ditonjolkan oleh setiap ahli kontinjen, sama ada sebagai atlet mahupun penyokong.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang sukan dan mengharumkan nama institusi di pentas yang lebih tinggi pada masa akan datang.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖𝒌𝙖𝒏 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”