Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal (ILP APNT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang atas kepercayaan yang diberikan untuk melatih seramai 21 orang kakitangan mereka dalam kursus bertajuk Smartphone Videography.
Kursus selama dua hari ini yang berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos 2024, telah dikendalikan oleh dua tenaga pengajar berpengalaman dari Bahagian Teknologi Multimedia Interaktif, iaitu Encik Shamsul bin Yahya dan Encik Mohd Nawawi bin Muhamad Tahir.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan teknik asas rakaman dan penyuntingan video menggunakan telefon pintar, selari dengan keperluan semasa yang semakin menuntut kemahiran dalam penghasilan kandungan digital secara efisien dan kreatif.
Sebagai sebahagian daripada latihan, para peserta telah diberi tugasan menghasilkan video pendek dan berkongsi hasil akhir tersebut dalam kumpulan Telegram yang dikhususkan untuk kursus ini. Penyampaian tugasan membuktikan kreativiti dan penguasaan asas peserta terhadap kemahiran yang diperoleh.
ILP APNT berharap segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta dalam urusan kerja harian serta penghasilan kandungan rasmi jabatan.
Bagi mana-mana agensi kerajaan atau pihak swasta yang berminat untuk menganjurkan kursus seumpamanya, pihak ILP APNT melalui Unit CESS sedia membantu dengan pelbagai tawaran kursus kemahiran yang relevan dan berimpak tinggi.
ย