Lawatan Sambil Belajar SKSI

14 Ogos 2024 (Rabu) :ย Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal (ILP APNT) telah menerima kunjungan istimewa daripada Sekolah Kebangsaan Saujana Indah dalam satu program lawatan sambil belajar yang berlangsung pada pagi tadi.

Lawatan ini melibatkan seramai 30 orang murid Tahun 6 bersama empat orang guru pengiring, dengan objektif untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai program latihan kemahiran teknikal yang ditawarkan di ILP APNT serta melihat sendiri suasana pengajaran dan pembelajaran amali di bengkel-bengkel latihan.

Rombongan telah dibawa melawat ke beberapa bahagian utama, termasuk Bengkel Teknologi Automotif, Elektronik, Percetakan dan Multimedia Interaktif. Para pelajar menunjukkan minat yang tinggi serta tidak melepaskan peluang bertanya soalan kepada pengajar dan pelatih yang ditemui sepanjang sesi lawatan tersebut.

Pihak ILP APNT amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan percaya bahawa pendedahan seumpama ini mampu membuka perspektif baharu kepada pelajar sekolah rendah terhadap peluang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) sebagai pilihan masa depan.

Sekolah-sekolah yang berminat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke ILP APNT boleh menghubungi pihak institut melalui Unit Promosi bagi menyelaras kunjungan. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda!

ย 

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€

ย