KJP PLC Programming & KNX

Kursus Jangka Pendek
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‰๐€๐๐†๐Š๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐Š - ๐๐‹๐‚ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ๐Œ๐ˆ๐๐† & ๐๐€๐’๐ˆ๐‚ ๐€๐”๐“๐Ž๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ (๐Š๐๐—)

Kursus Jangka Pendek bertajukย "PLC Programming & Basic Automation System (KNX)" telah berjaya dilaksanakan sepanjang lima hari latihan intensif pada 21 dan 28 Jun serta 5, 12 dan 19 Julai 2025.

Program ini menghimpunkan peserta yang berdaftar di bawah tajaan penuh PERKESO, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kemahiran teknikal dalam bidang automasi dan sistem kawalan industri.

Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan kepada pelbagai topik penting termasuk pengenalan kepada sistem automasi dan kawalan, asas pengaturcaraan PLC, penggunaan Ladder Diagram, Timer dan Counter, serta sistem KNX untuk automasi bangunan. Peserta turut menjalani latihan praktikal menggunakan perisian Engineering Tool Software (ETS).

Kursus ini dikendalikan oleh dua tenaga pengajar berpengalaman, Ts. Alwary Suhaimy bin Johari dan YM Ku Azmi bin Ku Ishak yang memberikan bimbingan menyeluruh dari aspek teori hingga ke aplikasi sebenar di lapangan.

Pihak institut selaku penganjur melahirkan rasa bangga atas kejayaan program ini yang menyokong aspirasi negara dalam memperkasa bidang automasi, selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

PERKESO turut dihargai atas inisiatif berterusan dalam memperkasa pembangunan modal insan dan membantu meningkatkan kebolehpasaran peserta melalui latihan teknikal yang relevan dan berkualiti.

Syabas diucapkan kepada semua peserta. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam kerjaya dan perkembangan profesional masing-masing.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐™ฃ๐’ˆ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€