
Sepanjang tujuh hari program dijalankan, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menyantuni pelajar baharu dan memperkenalkan mereka kepada budaya serta sistem pembelajaran di institusi ini. Antara aktiviti yang mencorakkan pengalaman MSK termasuk latihan dalam kumpulan, program perkongsian ilmu, sukan dan kembara, serta persembahan seni kreatif yang ditampilkan dalam majlis penutup.
MSK ini bukan sekadar program pengenalan, tetapi turut menjadi platform penting bagi membina semangat kerjasama, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan pelajar. Ia juga berjaya merapatkan hubungan antara pelajar dengan warga kerja ADTEC JTM, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih inklusif dan mesra.
Pihak institut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar serta urus setia yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program berlangsung. Momen sepanjang MSK ini pasti akan kekal sebagai kenangan bermakna dan menjadi titik permulaan untuk para pelajar melangkah dengan lebih yakin dalam dunia latihan kemahiran.