Program Kacau Bubur Lambuk

5 Mac 2026 โ€“ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah menganjurkan Program Kacau Bubur Lambuk pada hari Khamis, bermula dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Garaj Bas kampus.

Program ini berjaya dilaksanakan dengan kehadiran ramai warga kampus yang sudi menyumbang tenaga dalam penyediaan bubur lambuk. Kehadiran serta kerjasama semua warga kampus telah memeriahkan suasana program dan memastikan aktiviti komuniti ini berjalan lancar.

Pihak kampus merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat atas semangat sukarela dan kerjasama yang ditunjukkan. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€