Perbincangan Kerjasama Strategik

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐๐€๐†๐ˆ ๐Š๐„๐๐Ž๐‹๐„๐‡๐๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐๐„๐‘๐‹๐”๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ (๐Ž๐Š๐”) ๐ƒ๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐’๐Ž ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†
ย 
5 Mac 2026 โ€“ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah berjaya menganjurkanย Sesi Perbincangan Kerjasama Strategik bagi Kebolehpasaran dan Latihan Kerjaya Pelajar Berkeperluan Khas (OKU) yang diterajui oleh Unit Corporate & Employment Support Service (CESS).

Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan awal yang komprehensif serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan inklusif kepada para pelajar OKU, khususnya dalam bidang Teknologi Rekabentuk Grafik, Teknologi Percetakan Digital dan Teknologi Multimedia Interaktif.

Hasil perbincangan positif bersama pihak PERKESO, persetujuan telah dicapai untuk melaksanakan empat (4) program utama:

  1. Bengkel Training of Trainers โ€“ Melatih tenaga pengajar dengan modul sokongan kerjaya OKU terkini.

  2. Program Profiling Pelajar โ€“ Mengenal pasti potensi, kecenderungan, dan kemahiran spesifik setiap pelajar OKU untuk dipadankan dengan kehendak industri.

  3. Pendaftaran Portal MyFutureJobs โ€“ Memastikan semua pelajar OKU berdaftar dalam pangkalan data kerjaya nasional bagi meluaskan peluang pekerjaan.

  4. Taklimat Advokasi Majikan โ€“ Memberi kesedaran dan penerangan insentif kepada pihak industri mengenai kelebihan dan sokongan apabila menggaji pekerja OKU.

Pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan terima kasih kepada PERKESO atas sokongan padu dan komitmen yang diberikan. Langkah ini selari dengan fungsi Unit CESS dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperkukuh hubungan strategik dengan komuniti dan pihak industri.

Diharapkan usaha ini akan menjadi batu loncatan bagi pelajar OKU untuk bersinar dan berjaya dalam alam pekerjaan pada masa hadapan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€