Program CSR di SK Saujana Indah

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐’๐‘ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐Œ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐’๐Š ๐’๐€๐”๐‰๐€๐๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡
ย 
5 Februari 2026 (Khamis) : ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah dijemput oleh pihak pentadbir SK Saujana Indah, Nibong Tebal untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kem Kepimpinan Muda yang melibatkan 100 orang murid sekolah berkenaan.

Program ini menggunakan kepakaran kaunselor, Cik Nurul Inani Binti Md Isa, bersama 20 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal bagi merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang bersesuaian dengan keperluan bakal pemimpin muda.

Aktiviti yang dirancang ini bertujuan membina kerjasama pasukan, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk sifat toleransi dan empati di kalangan peserta. Melalui penglibatan dalam LDK, para murid diharap bukan sahaja menjadi pemimpin yang berwibawa, malah turut menjadi contoh teladan (role model) kepada rakan-rakan sekelas mereka.

Program CSR ini merupakan salah satu inisiatif ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam menyumbang kepada pembangunan kepimpinan dan sahsiah generasi muda setempat.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€