Program TVET Madani bersama SMK Sungai Acheh

Program TVET Madani
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐’ ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ย 
๐’๐Œ๐Š ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐€๐‚๐‡๐„๐‡ (๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐…)

Latihan intensif bagi Program Perantis TVET MADANI telah selesai dilaksanakan pada 17โ€“18 dan 24โ€“25 Januari 2026, melibatkan kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dan pelajar SMK Sungai Acheh. Program ini memfokuskan kepada kemahiran praktikal dalam bidang Teknologi Media Kreatif.

Program ini adalah salah satu inisiatif Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, dengan kerjasama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) di bawah Program Pemerkasaan dan Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Tahun 2025. Keseluruhan kos program ditaja sepenuhnya oleh pihak ICU JPM bagi memperkasakan kemahiran belia dalam bidang teknikal.

Ringkasan Aktiviti:

  • 17 Januari 2026 (Sabtu) โ€“ Modul: Asas Canva & Suntingan Imej
    Aktiviti: Pengenalan aplikasi Canva dan teknik suntingan gambar yang efektif.

  • 18 Januari 2026 (Ahad) โ€“ Modul: Reka Bentuk Produk menggunakan Canva
    Aktiviti: Para perantis menghasilkan reka bentuk muka hadapan buku A5 dan rekaan button badge.

  • 24 Januari 2026 (Sabtu) โ€“ Modul: Offset Printing / Product Finishing
    Aktiviti: Pengenalan kepada percetakan litografi ofset, asas warna, dan proses cetakan insert buku A5.

  • 25 Januari 2026 (Ahad) โ€“ Modul: Offset Printing / Product Finishing
    Aktiviti: Pelajar menjalani proses penjilidan buku nota A5 dan penghasilan fizikal button badge.

Lokasi: Makmal Komputer Bahagian Teknologi Rekabentuk Grafik dan Ruang Kerja Amali Bahagian Teknologi Percetakan Industri, ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMK Sungai Acheh atas komitmen tinggi sepanjang program. Melalui inisiatif TVET MADANI ini, diharapkan mereka memperoleh inspirasi dan kemahiran teknikal yang berguna untuk masa depan. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada barisan pengajar dan pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal atas perkongsian kepakaran yang sangat bernilai.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€