Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal

Program Rasmi
MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL (TAC) BAHAGIAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DI ADTEC JTM KAMPUS AP NIBONG TEBAL
ย 
28 Ogos 2025 (Khamis) : Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) Bahagian Teknologi Elektrik telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal pada hari Khamis.

Mesyuarat ini menumpukan perbincangan kepada kesesuaian silibus dan soalan peperiksaan agar terus relevan dengan perkembangan industri semasa, selaras dengan matlamat melahirkan tenaga kerja mahir dan kompeten.

ADTEC JTM turut merakamkan penghargaan kepada wakil industri, Ir. Ts. Amir Shafiq bin Adham dari Straits Technics Sdn. Bhd., atas perkongsian ilmu, pandangan dan input yang bernilai. Sumbangan tersebut dilihat amat penting dalam memastikan program pengajian kekal seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri masa kini.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€