
11 Mac 2025 (Selasa) : MPP dengan kelolaan Ustaz Mohamad Akmal Aliff Bin Saleh telah menganjurkan aktiviti Tadarus Al Quran sempena Program ‘Ihya Ramadhan 1446H ILP AP Nibong Tebal yang melibatkan para pelajar muslimin dan muslimat di Surau Al - Munawwir. Program ini dijalankan sepanjang bulan ramadhan dan akan diakhiri dengan majlis khatam alquran sebelum pelajar cuti beraya.
Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para pelajar, memantapkan ilmu dan kemahiran membaca Al - Quran, mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia serta memperoleh syafaat di akhirat kelak.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”