
19 Mac 2025 (Rabu) : Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) ILP AP Nibong Tebal telah berjaya menganjurkan Program Kacau Bubur Lambuk pada 19 Mac 2025 bersamaan 18 Ramadan 1446H secara bergotong-royong antara warga ILP APNT. Matlamat program ini adalah untuk menghidupkan semangat Ramadan yang penuh keberkatan dan mengeratkan hubungan sesama warga institut.
ย
Kemeriahan jelas terasa apabila semua peserta berganding bahu dalam proses penyediaan bubur lambuk bermula menyiapkan bahan, memasak, hingga mengagihkan kepada semua yang hadir. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan menjadi saham akhirat buat kita semua.ย
ย

"Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun." (HR Tirmizi)
ย
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ
ย