
Antara pengisian utama kunjungan ini ialah:
-
Serahan baju program Perantis TVET MADANI sebagai simbolik sokongan kepada pelajar yang terlibat dan sebagai galakan dalam memartabatkan pendidikan vokasional dan teknikal.
-
Perbincangan kolaborasi rasmi bersama Guru Kanan SMK Sungai Acheh bagi merangka pelan kerjasama strategik yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.
-
Penerokaan peluang dan pendedahan awal bagi pelajar sekolah mengenai laluan kerjaya dalam bidang kemahiran tinggi serta peluang latihan di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.
Unit CESS komited memastikan hubungan antara institusi latihan dan sekolah menengah setempat sentiasa aktif bagi menyokong agenda TVET negara. Melalui kerjasama ini, diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki kemahiran teknikal relevan dengan keperluan industri semasa.
Pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan SMK Sungai Acheh atas sambutan yang amat baik, dan berharap kolaborasi ini membuahkan hasil signifikan bagi pembangunan anak bangsa.









