Program Kesihatan Gigi

ย 
Sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Bahagian Kesihatan Pergigian Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah menganjurkan Program Kesihatan Pergigian bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) AP Nibong Tebal.

Program yang berlangsung pada 17 April ini melibatkan semua pelajar pengambilan Sesi 1/2025 dan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi dalam kalangan pelajar.

Antara pengisian program ialah ceramah kesihatan pergigian, pameran interaktif, serta pemeriksaan gigi percuma yang dijalankan oleh pegawai-pegawai kesihatan pergigian. Pendekatan holistik dan interaktif ini berjaya menarik minat pelajar untuk lebih cakna terhadap penjagaan kebersihan mulut secara berkala.

ILP APNT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha murni ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan generasi celik kesihatan yang lebih prihatin dan berpengetahuan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€