Mesyuarat Kolaborasi Industri

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐€๐ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰.๐. ๐๐‘๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐’ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ

07 Ogos 2025 (Khamis) : ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan J.P. Printers Sdn. Bhd. di Perai bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang Teknologi Percetakan.

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada beberapa skop kolaborasi, termasuk pembangunan sumber manusia bagi kakitangan syarikat melalui kepakaran dan latihan yang ditawarkan oleh pihak ADTEC. Selain itu, J.P. Printers Sdn. Bhd. turut membuka peluang kepada pelajar ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal untuk menjalani latihan industri serta menyertai syarikat tersebut sebagai pekerja tetap.

Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh ekosistem latihan kemahiran TVET negara khususnya dalam bidang Teknologi Percetakan, seterusnya menyumbang kepada penyediaan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri semasa.

Sebagai salah satu daripada 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal komited untuk terus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi demi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€