Pertandingan Bola Sepak ILPAPNT 1/2025

Aktiviti Pelajar

ย 
26 Mei 2025 (Isnin) :ย Biro Sukan & Kebajikan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP AP Nibong Tebal telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Peringkat Institut yang melibatkan penyertaan pelajar lelaki bagi Sesi 1/2025. Pertandingan ini telah bermula pada 26 Mei 2025 dan dijadualkan berakhir pada minggu hadapan.

Sebanyak 8 pasukan telah menyertai kejohanan ini dengan semangat kesukanan yang tinggi, masing-masing berentap untuk merebut gelaran juara dalam suasana penuh persaingan sihat dan semangat berpasukan.

Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan, malah sebagai platform untuk memupuk nilai murni seperti disiplin, kerjasama, daya saing sihat dan semangat kekitaan dalam kalangan warga institut.

Pihak institut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat atas komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung. Diharapkan aktiviti seumpama ini akan diteruskan sebagai elemen penting dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan fizikal.

Keputusan rasmi dan penyampaian hadiah akan diumumkan pada majlis penutup yang dijadualkan sebaik sahaja kejohanan ini melabuhkan tirainya.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€