
27 Mei 2025 (Selasa) : Biro Sukan dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP AP Nibong Tebal Sesi 2025 telah menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Peringkat Institut yang berlangsung dengan meriah di Dewan Sukan ILP APNT pada 27 Mei lalu.
Pertandingan ini menyaksikan penyertaan seramai 25 pelajar perempuan yang menunjukkan aksi penuh semangat dan daya saing sihat sepanjang perlawanan. Acara ini menjadi platform terbaik untuk mencungkil dan menyerlahkan bakat-bakat pelajar wanita dalam bidang sukan, selain memperkukuh kerjasama dan ukhuwah sesama peserta.
ILP AP Nibong Tebal amat berbangga dengan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan dan berharap penyertaan aktif pelajar wanita dalam aktiviti sukan seperti ini akan terus diperkasakan pada sesi-sesi akan datang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas penglibatan yang membanggakan. Semoga semangat dan bakat yang ditonjolkan terus digilap untuk kejayaan yang lebih besar di masa depan.
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ