
11 Jun 2025 (Rabu) : Perhimpunan Pelajar Bulan Jun 2025 anjuran Bengkel Tek. Rekabentuk Grafik dan Bengkel Tek. Percetakan Digital merupakan perhimpunan terakhir bagi sesi 1/2025.
Perhimpunan kali ini diisi dengan perkongsian maklumat daripada En. Osman Bin Mohammad mengenai HIRAC dan Pn. Noraila Binti M. Noor mengenai usaha - usaha pihak BPSM ILP APNT dalam menyediakan prasana ICT dan capaian internet yang kondusif kepada para pelajar pada masa akan datang.
Turut diraikan pencapaian pelajar dalam pertandingan sukan anjuran MPP ILP APT sepanjang sesi 1/2025, usaha para fasilitator dalam menjayakan program Tahsin Al - Quran serta penghargaan kepada pelajar terbaik bagi setiap kursus dan semester di institut ini bagi sesi 1/2025.
Turut dilaksanakan sesi Dialog Pelajar Bersama Pengarah pada hujung perhimpunan bagi memberi maklumbalas terhadap komen dan penilaian pelajar pada penilaian SPePL Sesi 1/2025.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”