KJP Pembangunan Bahan Pengajaran dan Modul

Kursus Jangka Pendek
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‰๐€๐๐†๐Š๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐Š ๐ˆ๐‹๐ ๐€๐๐๐“ : ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ (๐–๐ˆ๐Œ) ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐Ž๐ƒ๐”๐‹ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐Ž๐’๐’ ๐‹๐ˆ๐“๐‡๐Ž๐†๐‘๐€๐๐‡๐˜ ๐Ž๐…๐…๐’๐„๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐Š๐ˆ๐€๐ ๐‰๐Ž๐Ž ๐†๐‘๐Ž๐”๐

Institut Latihan Perindustrian (ILP) AP Nibong Tebal (APNT) dengan kerjasama Syarikat Kian Joo Group telah berjaya melaksanakan Kursus Jangka Pendek Pembangunan Bahan Pengajaran (WIM) dan Modul bagi NOSS Lithography Offset yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2025 di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC), Shah Alam.

Kursus ini diadakan sebagai persediaan awal menjelang pelaksanaan Program Accelerated Dual Training Programme (ADi) yang dijadualkan bermula pada Ogos 2025. Seramai beberapa orang wakil industri dan tenaga pengajar terlibat dalam sesi pembangunan bahan pengajaran dan pemantapan modul latihan yang akan digunakan bagi melatih calon-calon dalam bidang percetakan litografi offset.

Sepanjang tiga hari penganjuran, peserta telah diberi pendedahan mendalam berkaitan struktur kandungan NOSS, kaedah penyusunan WIM, serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan latihan industri sebenar. Input yang diperoleh daripada pihak industri turut dimanfaatkan dalam memastikan modul yang dibangunkan benar-benar menepati keperluan semasa pasaran kerja.

Kerjasama erat antara ILP APNT dan Kian Joo Group membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam menyokong pembangunan modal insan teknikal berkemahiran tinggi yang bersedia untuk menyumbang kepada sektor industri negara.

Bagi syarikat atau organisasi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan Program ADi ini, mereka boleh terus berhubung dengan Unit CESS ILP APNT, atau melayari laman rasmi di www.adi.gov.my.

Diharapkan kursus ini telah mencapai objektif utamanya dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak terlibat, terutamanya dalam menyokong pembangunan tenaga kerja mahir negara.

ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€