Minggu Suai Kenal sesi 1/2026

๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐’๐”๐€๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐‹ (๐Œ๐’๐Š) ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
5 - 12 Januari 2026 :ย Seramai 70 orang pelajar baharu telah mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal bagi Sesi 1/2026 yang berlangsung bermula 5 hingga 12 Januari 2026. Program ini diadakan sebagai persediaan awal bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta sistem pembelajaran yang bakal dilalui.

Sepanjang tempoh pelaksanaan MSK, pelbagai aktiviti dan ceramah telah disusun, antaranya penerangan berkaitan peraturan kampus, ceramah motivasi dan panduan kerjaya, serta taklimat keselamatan dan EKSA. Pengisian program turut diperkukuhkan dengan kehadiran penceramah jemputan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Selatan yang berkongsi ilmu serta memberi kesedaran berhubung pencegahan gejala buli dan penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan belia.

Penganjuran ceramah seumpama ini bertujuan membentuk disiplin dan sahsiah pelajar, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran berasaskan kemahiran TVET. Selain itu, aktiviti berbentuk interaksi dan pembinaan jati diri seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), riadah dan kembara turut dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar baharu serta warga kampus.

Secara keseluruhannya, Minggu Suai Kenal ini berperanan sebagai platform awal dalam membina keyakinan, kefahaman dan kesediaan pelajar sebelum memulakan sesi pembelajaran secara rasmi di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€