Pendaftaran Pelajar Baharu sesi 12026

๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
5 Januari 2026 (Isnin) :ย Pendaftaran pelajar baharu bagi kursus Sijil Teknologi Elektrik Tiga Fasa, Sijil Teknologi Automotif Servis dan Diploma Teknologi Percetakan untuk Sesi 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sukan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

Seramai 70 orang pelajar baharu telah selesai mendaftar dan seterusnya mengikuti program Minggu Suai Kenal yang dijadualkan bermula dari 5 hingga 12 Januari 2026. Program ini bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta memahami sistem pembelajaran yang akan dilalui sepanjang tempoh pengajian.

Sepanjang proses pendaftaran dijalankan, para pelajar baharu telah disambut mesra dan dibantu oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada pelajar sedia ada. Penglibatan fasilitator ini bukan sahaja melancarkan urusan pendaftaran, malah turut memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai suasana kehidupan kampus.

Bagi lepasan yang masih mencari peluang melanjutkan pengajian, ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal masih membuka permohonan kemasukan. Kekosongan tempat masih ditawarkan bagi program berikut:

  • Sijil Teknologi Automotif Servis

  • Diploma Teknologi Percetakan

Orang ramai yang berminat adalah dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan dan merebut peluang mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€