Kunjungan Ringkas UUM Press

Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal (ILP APNT) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi UUM Press yang diketuai oleh Prof. Sr. Dr. Mohd Nasrun bin Mohd Nawawi.

Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin hubungan silaturrahim dan meneroka peluang kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak khususnya dalam bidang penerbitan, latihan dan pembangunan teknologi berkaitan percetakan.

Sepanjang lawatan, delegasi UUM Press turut dibawa melawat ke fasiliti latihan dan kemudahan Bengkel Teknologi Percetakan ILP APNT, di mana mereka diberi penerangan mengenai peralatan serta latihan kemahiran yang dilaksanakan di institusi ini.

ILP APNT amat mengalu-alukan jalinan kerjasama ini dan berharap ia akan membawa manfaat bersama dalam memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional negara. Semoga hubungan yang terjalin dapat diteruskan dalam bentuk kerjasama yang lebih kukuh pada masa akan datang.

ย 

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€

ย