Ceramah Kenegaraan Tahun 2026

๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
28 Januari 2026 (Rabu) :ย Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI telah diadakan khas buat pelajar baharu ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal bagi Sesi 1/2026 sebagai salah satu pengisian program pembangunan sahsiah dan kenegaraan.

Program ini bukan sekadar slot pengenalan, malah menjadi wadah penting dalam membentuk jati diri pelajar TVET yang berteraskan enam rukun utama Malaysia MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Pengisian yang disampaikan memberi penekanan kepada peranan generasi teknokrat dalam menyumbang kepada pembangunan negara melalui nilai, integriti dan semangat cintakan tanah air.

Para pelajar turut mendapat pelbagai input bermanfaat daripada penceramah yang diundang, sekali gus menjadi bekalan dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi kemahiran teknikal, malah memiliki sahsiah diri yang unggul serta berjiwa kepimpinan.

Penganjuran seminar ini diharap dapat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal serta melahirkan pelajar yang beridentiti nasional, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada kemajuan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€