𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑
25 Oktober 2023 (Rabu) : Perhimpunan Pelajar bersama pengarah bagi Bulan Oktober telah diadakan dengan Bengkel Teknologi Multimedia Interaktif & Bengkel Teknologi Elektrik sebagai penganjur bersama.
Perhimpunan telah dimulakan dengan persembahan pelajar dari kedua - dua bengkel yang begitu mantap dan bertenaga. Tahniah diucapkan atas usaha pelajar menyampaikan persembahan yang membawa seribu satu nasihat dan bermakna kepada para hadirin terutama tentang penindasan dan kezaliman yang sedang dialami oleh rakyat Palestin.
Ketua Jabatan Elektrik, Elektronik & ICT turut mengambil kesempatan menyampaikan nasihat kepada pelajar mengenai isu kebersihan yang perlu dititikberatkan oleh pelajar terutama kebersihan di dalam bilik.
Pada perhimpunan kali ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pelancaran EKSA ILP APNT yang disempurnakan oleh Pengarah ILP AP Nibong Tebal, Ts. Adnan Bin Ismail.
Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada para pelajar yang telah menyertai pertandingan sukan anjuran MPP ILP APNT Sesi 2023/2024 pada Hari Sukan Negara 2023.