06 April 2020 : Aktiviti CSR 3D FACE SHIELD ILPAPNT, penyerahan lagi 30 unit 3D Printed Face Shield kepada Balai Bomba Nibong Tebal untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat nyah cemar di kawasan yang dikategorikan berisiko tinggi.
Melihatkan risiko barisan hadapan kakitangan KKM yang terdedah dengan virus COVID-19 ketika menjalankan tugas, ILP Nibong Tebal telah mengambil inisiatif menghasilkan bingkai pelindung muka (face shield frame). Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 20 unit sehari menggunakan teknik '3D Printing' ,bingkai pelindung muka ini telah diagihkan kepada beberapa agensi barisan hadapan yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19.
Penyerahan dilaksanakan oleh Ketua Jabatan Elektrik & Elektronik ILPAPNT, En.Alwary Suhaimy kepada Ketua Balai Bomba Nibong Tebal, En. Zara'im Bin Haji Mohd Lazim. Semoga sumbangan ini dapat melancarkan petugas-petugas barisan hadapan dalam membasmi penularan wabak COVID-19.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.